PROGRAM@AKTIVITI

KEM BESTARI SOLAT 3/2011

TENTATIF PROGRAM KEM BESTARI SOLAT
TAHUN 1, TAHUN 2, TAHUN 3 & TAHUN 4
BAGI TAHUN 2011
KEM KETIGA

TARIKH         : 24 SEPTEMBER 2011
HARI              : SABTU

Masa               :( 7.30 Pagi – 1.30 Petang )

7.30 - 8.30      : Pendaftaran             
                       : LDK 1 - Penerangan anggota dan cara berwudhuk
                                     - Niat wudhuk
8.30 - 9.15      : LDK 2 - Amali wudhuk
9.15 - 9.45      : Rehat
9.45 - 10.30    : LDK 3 - Niat solat
10.30 - 11.30  : LDK 4 - Bacaan dalam solat             - Doa Iftitah
                                     - Sujud                                  - Rukuk
                                     - Duduk antara dua sujud       - Iktidal
11.30 - 12.30   : LDK 5 - Perlakuan solat
12.30 – 1.30    : LDK 6 - Amali solat
1.30 petang      : Makan Tengahari & Bersurai


Jawatankuasa Induk
Penaung                      : En. Hj. Zaini bin Apong
Penasihat                    : En. Ibrahim bin Hj. Asmat
Pengerusi                    : En. Rahim bin Jaafar
Setiausaha                   : Puan Haslinda binti Razali
Tim. Setiausaha           : Puan Alimah binti Ibrahim
Bendahari                   : En. Ali Hassan bin Hj. Maarif

Ahli Jawatankuasa Pelaksana:

Pendaftaran               : Puan Haslinda binti Mohd Razali
Jamuan                      : Puan Azizah binti Hj. Junaidi
                                 : Puan Salamah binti Saban
                                 : Puan Adizah binti Akut
Disiplin/Kebajikan     : Puan Alimah binti Ibrahim
Siaraya/Teknikal        : En. Ali Hassan bin Hj. Maarif
                                 : En. Alipin bin Ayudin
                                 : En. Rahim bin Jaafar
Sijil dan Hadiah         : En. Ali Hassan bin Hj. Maarif
                                 : Puan Haslinda binti Mohd Razali
Fasilitator                  : En. Ali Hassan bin Hj. Maarif
                                 : Puan Haslinda binti Mohd Razali
                                 : Puan Alimah binti Ibrahim
                                 : En. Che Mohd Khairul Hafiz bin Che Awang
                                 : En. Muhammad Fudhail bin Ezemy
                                 : En. Mohd Rozawawi bin Ibrahim




Aktiviti Kem Bestari Solat:

1.     Pembahagian Kumpulan
            Murid telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 10 hingga 11 orang murid dan dibahagikan secara bercampur antara Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4. Manakala Tahun 1 diasingkan dalam satu kumpulan untuk memudahkan mereka mengikuti pengajaran yang bersesuaian dengan tahap mereka.
           
            Setiap kumpulan dipimpin oleh seorang fasilitator yang terdiri daripada guru-guru j-QAF dan Guru Pendidikan Islm (GPI). Oleh kerana kami kekurangan tenaga pengajar, kami telah menjemput dua orang tenaga pengajar luar yang juga guru j-QAF iaitu Ustaz Rozawawi Ibrahim dari Sk. Kilugus dan Ustaz Fudhail Azemy dari Sk. Kerukan Kuala Penyu Sabah.

2.     Pelaksanaan Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
                                                 
LDK 1
Latihan Dalam Kumpulan 1, murid diberi pendedahan dan penerangan tentang anggota wudhuk dan cara berwudhuk dengan betul dan tertib secara teori. Dalam slot ini juga dilatih membaca dan menghafaz lafaz niat wudhuk terutamanya bagi murid yang belum mengingatinya, manakala yang sudah mengetahui cara dan niat dengan betul diminta supaya melakukan tunjuk cara kepada rakan-rakan yang lain.
LDK 2
Setelah mempelajari cara berwudhuk secara teori, murid kemudiannya di berikan pendedahan melalui amali wudhuk secara individu. Dengan amali ini, murid dengan sendiri mengalami perlakuan berwudhuk dengan betul disamping fasilitator yang bertindak sebagai pemerhati, penilai dan memperbaiki kesalahan yang dilakukan semasa berwudhuk.
LDK 3
Murid didedahkan pula dengan niat-niat solat fardhu. Dalam slot LDK ini murid diberikan pendedahan tentang lafaz niat solat fardhu, membaca dengan betul dan menghafaznya. Murid membaca dan menghafaz lafaz niat tersebut dengan dwibahasa iaitu Arab dan Melayu (terjemahannya) untuk memudahkan lagi mereka mengingati serta memahami apa yang diniatkan. 
LDK 4
Dalam LDK ini pula, fasilitator menerangkan tentang kaifiyat solat dan rukun-rukun Qauli solat dengan betul dan tertib. Penerangan tentang bacaan-bacaan dalam solat sama ada rukun atau sunat juga didedahkan termasuklah takbiratul ihram, doa iftitah,  Surah Al-Fatihah, bacaan semasa rukuk, bacaan iktidal, bacaan sujud, bacaan ketika duduk antara dua sujud, tahiyat awal dan tahiyat akhir, doa qunut serta surah-surah lazim pilihan.
Murid diajar cara menyebut, membaca dengan betul dan menghafaz semua bacaan-bacaan tersebut. Masa yang diambil untuk mengisi slot LDK ini memakan masa yang agak lama berbanding slot-slot LDK yang lain lebih-lebih lagi bagi murid yang lemah dalam bacaan dan hafazan. 
LDK 5
Perlakuan Solat. Setelah penerangan dan pendedahan tentang bentuk-bentuk bacaan dalam solat di berikan, murid kemudiannya ditunjuk cara perlakuan atau sumbang saran solat dengan betul dan tertib termasuk cara takbiratul ihram, kedudukan tangan semasa berdiri dalam solat, rukuk, sujud, kedudukan kaki dan tangan semasa tahiyat awal dan akhir dan sebagainya.
LDK 6
Untuk memastikan dan menilai keupayaan serta penghayatan murid tentang solat, murid kemudiannya dibawa ke Surau untuk menjalani LDK 6 iaitu amali solat. Disini fasilitator akan memainkan peranan sebagai pemerhati dan penilai pencapaian murid sepanjang pelaksanaan kem tersebut. Fasilitator juga perlu memperbaiki kesalahan yang dilakukan dan merekod penilaian pada borang penilaian yang telah disediakan.