Sabtu, 12 Mac 2011

PROFIL SEKOLAH

NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sinapokan
Peti Surat 18,
89767 Kuala Penyu,
Sabah.

Kod Sekolah: XBA 6319

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SEKOLAH

Pada awal tahun 70 an, Kg Sinapokan belum mempunyai bangunan sekolah. Menyedari hakikat akan kepentingan pendidikan untuk anak-anak di kampung ini, maka beberapa orang penduduk kampung yang diketuai oleh En. Latif bin Abd. Majid dan Tn. Hj Wahid bin Jakam telah bersepakat untuk mendirikan pondok sebagai tempat belajar. Ekoran itu,sebuah pondok beratap dan berdindingkan daun nipah telah dibina.

Pondok ini hanya boleh menampung 15 orang pelajar sahaja. Tenaga pengajar pula secara sukarela dan berdasarkan pengetahuan sedia ada penduduk kampung ketika itu. Keadaan ini berlanjutan selama beberapa tahun.

Pada tahun 1971 sebuah bangunan sekolah dan sebuah rumah guru telah dibina oleh kerajaan. Guru pada masa itu ialah Hj. Abd. Murad bin Mohd. Wali. Bilangan murid ketika itu cuma 62 orang sahaja.

Senarai Guru Besar Sk Sinapokan dari tahun 1971 - sekarang:
1- Hj. Abd. Murad bin Hj. Wali (1971-1976).
2- En. Mohd Yassin bin Abd. Razak (1977-1978).
3- En. Uthman bin Sulaiman (1979-1982).
4- En. Adnan bin Salikin (1982).
5- En. Hasbah bin Daud (1982-1984).
6- Hj. Manan bin Tali (1985-1995)
7- En. Agku. Minggu bin Pg. Hj. Damit (1996- 1999).
8- En. Sulaiman bin Nisbah (1999- JUN 2011).
9- En. Hj. Zaini (2011-)

Sehingga 2011 SK Sinapokan telah mempunyai tenaga pengajar seramai 16 orang dan pelajar seramai 116 oarang termasuk Pra Sekolah.


SENARAI GURU DAN AKS SK SINAPOKAN 2011:

1- En. Hj. Zaini (Guru Besar)
2- En. Ibrahim bin Hj. Asmat
3- En. Alipin bin Ayudin
4- Pn. Azizah binti Hj. Junaidi
5- En. Rahim bin Jaafar
6- Pn. Alimah binti Ibrahim
7- En. Ali Hassan bin Hj. Marif
8- En. George Juli
9- En. Mohd Soffri bin Hj. Rahman
10- Cik Elsie Pius Ganggan
11- En. Mohd Razali bin Abd Razak
12- Pn. Haslinda binti Mohd Razali
13- Pn. Intan Maslianah binti Mad Sait
14- Pn. Zurimah binti Mat Munin
15- Cik Dg. Faridah Ag. Besar
16- Che Mohd Khairul Hafiz Che Awang (j-QAF PAI 2011)


AKS:

1- Pn. Salamah Saban
2- Pn. Siti Adizah Akut
3- Pn. Maslina Diwai


LENCANA SEKOLAH:





Lencana sekolah ini mengandungi lima jenis warna dan setiap warna membawa pengertian sebagaimana berikut:

 Putih - Keutuhan hati pelajar untuk menimba ilmu tanpa rasa jemu.
 Hijau - Perkembangan minda yang sentiasa menerima perubahan.
 Biru - Sikap rajin, tekun dan bertanggungjawab dalam diri pelajar.
 Kuning - Permuafakatan warga sekolah dengan ibu bapa.
 Merah - Keberanian menghadapi sebarang rintangan, cabaran dan dugaan dalam menuntut Ilmu.

Simbol-simbol lain di dalam lencana membawa maksud :

 Obor - Menyemarakkan semangat belajar di kalangan pelajar.
 Buku - Pelita hidup pelajar di masa hadapan.
 Mikroskop - Simbol pencapaian pelajar kearah sains dan teknologi.


VISI DAN MISI

Visi Sekolah: Sek. Keb. Sinapokan akan menjadi sekolah gemilang tahun 2015

Misi Sekolah:
Semua warga sekolah ini bertekad, berazam dan terus maju berusaha untuk;
1- Meningkatkan kecemerlangan pendidikan secara berterusan untuk mencapai visi sekolah.
2- Mewujudkan kesefahaman minda dalam melaksanakan tugas dan memiliki budaya kerja sekolah yang beretika.
3- Berpegang teguh kepada falsafah pendidikan Negara dengan prinsip yakin boleh Berjaya.


LAGU SEKOLAH

"SEKOLAHKU RUMAHKU"

SK. Sinapokan engkaulah rumahku
Ku jaga ku bersih selalu
Engkaulah tempat gedung ilmuku
Guru-guru berjuang tanpa jemu

SK. Sinapokan engkaulah sekolahku
Menimba ilmu pengisi dadaku
Penyuluh hidup masa depanku
Harapan ibu dan ayahku

Wahai semua kawan-kawanku
Belajarlah rajin setiap waktu
Harumkanlah sekolah dan kampungku
Pendukung wawasan anak bangsaku

Berilmu berbakti dan bertakwa
Cogan kata sekolah kita
Menjana semangat guru yang tercinta
Pelopor Negara Malaysia merdeka